KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menangguhkan hari pertama sesi persekolahan 2017 bagi 13 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli pada Ahad berikutan laluan ke sekolah terbabit ditenggelami banjir.
Pengarahnya, Jaafar Ismail berkata jumlah itu merangkumi lapan sekolah di daerah Kuala Krai, lima sekolah di daerah Tanah Merah dan dua sekolah daerah Jeli.
Lapan sekolah terbabit di daerah Kuala Krai ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Karangan, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Kuala Nal, SK Pasir
Lima sekolah di daerah Tanah Merah ialah SK Sokor, SK Kampung Panjang, SK Ladang Kerilla, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla dan SK Kulim manakala di daerah Jeli ialah SK Kuala Balah dan SMK Kuala Balah, katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu malam.
Menurutnya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan guru dan pelajar sekolah yang mungkin berdepan bahaya banjir jika hadir ke sekolah pada Ahad. – Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

No Division: Pkr Sec-gen Quashes Talk Of Infight ...

#hiburan: Sangat Menjimatkan! Boleh Akses Kepada L ...

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Dise ...

#mas2025: Chery Lancar Platform Hibrid Csh, Perken ...