KUALA LUMPUR – Ketua polis negara hari ini menafikan kebenaran berita kecurian 30 baju uniform anggota polis di sebuah kedai dobi di Subang Jaya.
Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya menafikan dakwaan kecurian itu yang diviralkan di laman media sosial sejak semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari menerusi laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya berkata, dakwaan kecurian itu adalah cerita viral lama.
“Viral ini adalah palsu…Tiada kes seperti ini
Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum diviralkan.
Kes kecurian baju uniform polis itu dilaporkan pada Februari 2015.
Seorang pemilik kedai dobi membuat laporan polis apabila menyedari 30 helai uniform polis dicuri dari kedai itu selepas dipecah masuk. – BERNAMA
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Lelaki Oku Hilang Ketika Mandi Di Sungai Kuantan ...

#hiburan: Dah Pasang Lampu Tinggi.. Gelap Geli ...

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan, Menu Kampung Se ...

Kalau Bahagia Bermadu, Saya Terima Azhar Sulai ...