PUTRAJAYA – “Saya faham apa yang Tun Mahathir Mohamad cuba sampaikan,” demikian kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berikutan dakwaan Mahathir mengatakan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah rasuah.
Menurutnya, sebagai seorang tokoh politik, beliau risau dengan rakyat negara ini mudah terpengaruh dengam sogokan wang yang diterima dari kerajaan.
“Tun hanya cakap pendapatnya sahaja, dia risau sebab sudah jadi budaya pada masyarakat untuk mengundi orang yang bagi duit,”katanya ketika ditemui di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hari ini.
Sebelum ini, Penasihat Parti
Tambahnya lagi, jika wang BR1M itu memang khas diberikan pada rakyat untuk membantu mereka maka ia memang satu bantuan.
“Kita kena lihat secara objektif, jika wang tersebut memang amal jariah yang ingin diberi pada rakyat, maka ia bukan rasuah.
“Namun, jika niat wang itu diberi supaya rakyat mengundi BN maka benarlah apa yang dikatakan oleh Tun,” katanya.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Rasa Risau Dan Sedih, Saya Taknak Jadi Begitu.. ...

Mekanik Maut Motosikal Ditunggang Langgar Belakang ...

Kalau Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, Takkan Cium ...

5 Tips Mudah Rawat Jerawat Untuk Kulit Sensitif ...