loading...

18,000 Usahawan Telah Berjaya Dengan Skim Pembiayaan Mikro Ini!

Agak-agak, ini tahun ke berapa anda sudah menjalankan perniagaan? Pastinya setiap tahun kita mengimpikan perniagaan akan terus berkembang dan mampu menembusi pasaran yang lebih luas, bukan? Sedar dengan keperluan anda tersebut, kini Bank Simpanan Nasional (BSN) hadir dengan Skim Pembiayaan Mikro.

Malah BSN juga telah diberikan mandat oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan pada tahun 2006 untuk menyalurkan kemudahan pembiayaan mikro kepada perusahaan/usahawan mikro.

5- 18,000 Usahawan Telah Berjaya Dengan Skim Pembiayaan Mikro Ini! - ROTIKAYA

Selain itu, Skim Pembiayaan Mikro ini turut menyokong dan membantu usahawan atau perusahaan mikro untuk mendapatkan akses kewangan supaya usahawan dapat:

1. Mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi
2. Membantu menjadikan perniagaan mereka lebih mantap dan mampan
3. Meningkatkan keupayaan domestik kepada keupayaan mengeksport
4. Melakukan penjenamaan untuk memastikan kehadiran produk & perniagaan di pasaran

Terdapat 2 produk utama di bawah Skim Pembiayaan Mikro BSN iaitu BSN Micro dan BSN Micro-i, yang mana BSN Micro merupakan produk pembiayaan konvensional manakala BSN Micro-i adalah produk pembiayaan yang patuh Syariah. Berikut adalah kriteria am produk Skim Pembiayaan Mikro:

Saiz pembiayaan : RM5,000 hingga RM50,000
Tempoh pembiayaan : 1 hingga 5 tahun

Antara sektor perniagaan yang dibiayai ialah – pembuatan, peruncitan, pemborongan dan juga perkhidmatan bagi membantu perusahaan ini melalui modal pusingan atau pembelian aset.

4- 18,000 Usahawan Telah Berjaya Dengan Skim Pembiayaan Mikro Ini! - ROTIKAYA

Jika perniagaan anda telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun dan diusahakan sendiri oleh pemilik, anda bolehlah merujuk pautan ini.

7- 18,000 Usahawan Telah Berjaya Dengan Skim Pembiayaan Mikro Ini! - ROTIKAYA

Antara bukti kesungguhan BSN dalam melahirkan lebih ramai usahawan berjaya, penganjuran sesi khidmat nasihat, bengkel atau kursus latihan bimbingan usahawan khusus buat pelanggan pembiayaan mikro turut diadakan. Objektifnya cuma satu – agar perniagaan anda mampu untuk terus berkembang dan memberikan pulangan yang sewajarnya.

6- 18,000 Usahawan Telah Berjaya Dengan Skim Pembiayaan Mikro Ini! - ROTIKAYA

Sehingga Februari 2016, Skim Pembiayaan Mikro BSN ini telah berjaya membantu lebih daripada 50,000 pelanggan seluruh Malaysia dengan jumlah pembiayaan keseluruhan mencecah lebih daripada RM1 billion.

Malah setelah hampir sepuluh tahun Skim Pembiayaan Mikro BSN berjalan, BSN telah berjaya melahirkan 18,000 usahawan mikro yang kini telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka kepada satu tahap yang lebih tinggi



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...