Biarpun ramai yang menganggap hubungan cinta diantara Nelydia Senrose dan Qi Razali sudah berakhir namun masih tiada kata putus yang diucapkan oleh empunya badan. Dikala ramai yang seakan sudah melupakan kontroversi ini tetapi ada desas-desus mengatakan pasangan ini kembali bercinta. Bagaimanapun, Nelydia menafikannya dan tegas mengatakan hubungan itu telah putus.
BACA: Nelydia Senrose Akui Tak Serik Bercinta
“Kami sudah putus! Muktamad. Tidak perlu lagi mencanang cerita yang tidak benar. Sejujurnya, antara kami sudah tiada apa-apa. Walaupun hubungan kami masih baik tapi itu hanyalah sebagai teman semata-mata. Apa yang pasti, saya dan si dia sudah tiada apa-apa. Kami putus tahun ini”
“Saya belajar daripada pengalaman untuk tidak lagi mencanang kisah cinta. Saya lebih suka mendiamkan diri. Jadi mungkin bila tiada kata putus daripada kami berdua, orang mula mencetuskan spekulasi. Jadi saya tiada masa fikir fasal cinta,” katanya kepada Utusan Online.
Sementara itu, Nelydia sebelum ini pernah menyatakan bahawa dirinya tidak pernah serik untuk bercinta walaupun hubungan terdahulu terkandas di tengah jalan. Mengakui kadang-kala dirinya sunyi kerana tidak berteman, namun Nelydia percaya dengan ujian yang diberikanNya dan pengalaman lalu sedikit sebanyak menjadikan dirinya matang. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW