loading...

Tak Pernah Minta Duit, Keluarga Ingat Ada Lelaki ‘Bela’ Saya

KUALA LUMPUR – Walaupun masih baru di pasaran, namun produk milik Bumiputera, De’Xandra Inspired Perfumes dilihat telah berjaya melahirkan ramai usahawan baru dan muda.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chettaki Omey, Nur Aliah Mohd Nor bagi membantu merancakkan penjualan De’Xandra di pasarkan di seluruh Malaysia, beliau kemudiannya menubuhkan #teamchettakiomey.

 

Penubuhan kumpulan ini antara lainnya bertujuan untu membantu lebih ramai individu yang ingin beroleh pendapatan tambahan terutama dalam keadaan ekonomi sekarang ini.

 

 

Salah seorang ejen De’Xandra, Muslihawati Muspata, 37 ketika ditemui berkata setelah hampir setahun menyertai #teamchettakiomey ia telah memberi pulangan yang baik untuk dirinya.

 

“Saya mula menceburi bidang ini setelah terlibat dengan kemalangan yang teruk pada tahun lalu sehinggakan terpaksa duduk di atas kerusi roda dan secara kebetulan saya ada melihat posting salah seorang rakan di Facebook mengenai minyak wangi De’Xandra.

 

“Disebabkan saya memang merupakan pengguna tegar minyak wangi saya cuba beli untuk kegunaan sendiri, ternyata harumannya begitu memikat hati dan paling penting ia tahan lama.

 

“Setelah itu saya terus mendaftar sebagai dropship bagi mengisi masa terluang disebabkan pada ketika itu saya agak bosan tanpa melakukan sebarang aktiviti,” katanya kepada SuaraTV.

 

Menurut Muslihawati lagi tidak lama selepas itu beliau akhirnya memutuskan untuk menjadi ejen setelah melihat pendapatan yang diperolehi meningkat saban hari.

 

“Alhamdulillah setelah hampir 3 minggu, sambutan yang saya terima amat baik dan berjaya menjual hampir 40 botol minyak wangi.

 

“Nak dijadikan cerita pada ketika itu juga saya turut diberhentikan kerja kerana sering mengambil cuti sakit bagi mendapatkan rawatan ekoran kemalangan yang menimpa itu.

 

“Walaupun pada ketika itu saya agak risau, tapi alhamdulillah berkat kesabaran menjual produk De’Xandra ini ia berjaya memberikan saya pulangan yang agak lumayan malah lebih tinggi dari gaji yang saya terima suatu ketika dahulu” katanya mengakhiri perbualan.

 

Sementara itu menurut Ayunizah Masken, 24 sejak menceburkan diri dengan perniagaan minyak wangi De’Xandra gaya hidupnya mula berubah kerana mampu memperolehi pendapatan tambahan.

 

Menurut graduan Sains Geometik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu kisahnya bersama De’Xandra bermula setelah menyertai #teamchettakiomey sekitar penghujung tahun lalu.

 

“Saya pada mulanya hanya mengikuti rakan saya Aliah mempromosikan produk De’Xandra, dari situ akhirnya timbul minat untuk mencuba.

 

“Bermula dengan modal sebanyak RM150.00 saya mendaftar sebagai dropship dan tidak lama selepas itu saya terus bertukar menjadi agen sehingga berjaya memperolehi pendapatan sekitar 3-4 ribu sebulan,” katanya pula.

 

Menurut Ayunizah walaupun masih bergelar mahasiswi pada ketika itu, beliau sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu meminta bantuan kewangan dari keluarga.

 

“Antara kenangan yang paling tidak boleh saya lupakan bila keluarga saya pelik sebab tidak lagi minta duit untuk perbelanjaan sehingga mereka merasakan saya ‘dibela’ oleh teman lelaki.

 

“Setelah dimaklumkan mengenai penglibatan saya dengan De’Xandra, mereka akhirnya faham dan mula menyokong serta memberikan galakan kepada saya.

 

“Paling menarik setelah tamat pengajian, saya tidak perlu runsing untuk mencari pekerjaan kerana pendapatan yang diperolehi dari De’Xandra boleh dikatakan melebihi gaji yang dibayar kepada graduan universiti yang baru bekerja,” tambahnya pula.

 

Kini, De’Xandra sudah pun mempunyai 73 haruman, di mana 45 adalah untuk wanita dan 28 untuk lelaki.

 

Ia juga tahan lebih lapan jam dan dilihat setanding produk antarabangsa. – SuaraTV

 

 

Untuk sebarang maklumat boleh dapatkan melalui:
Facebook: Nur Aliah Mohd Nor
Fanpage: Chettaki Omey
IG: @chettakiomey
Laman Web: www.chettakiomey.com
Email: chettakiomey@gmail.com

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...