loading...

Jangan Sesekali Kata ‘Tidak’ Untuk Anwar Jadi PM – Wan Azizah

PETALING JAYA – Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak wujud istilah ‘tidak’ dalam Pakatan Harapan untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Sebaliknya beliau membayangkan parti itu akan terus optimis dengan pendirian mereka sebelum ini bahawa hanya bekas Ketua Pembangkang yang layak menggantikan tempat Perdana Menteri Najib Razak.

 

“What means never? Never say never. (Apa maksud awak dengan tidak. Jangan sekali kata tidak,” katanya ketika ditanya oleh wartawan di sidang media hari ini.

 

Mahkamah Persekutuan 14 Disember yang lalu, menolak permohonan semakan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dihadapinya.

 

Panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan berkenaan mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai sebarang merit.

 

Mahkamah turut memutuskan pada peringkat ini tiada sebarang bidang kuasa untuk menentukan perkara yang dibangkitkan oleh Anwar dalam permohonannya membabitkan intergriti sampel penyalahgunaan proses mahkamah dan dakwaan konspirasi dalam pertuduhan ke atasnya.

 

Menerusi keputusan ini, Anwar perlu menghabiskan baki hukumannya lima tahun. Walaubagaimanapun jalan terakhir Anwar adalah untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V dan peguam Anwar dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan itu. – BeritaDaily



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...