BUENOS AIRES – ARGENTINA. Bekas presiden Argentina, Cristina Fernández de Kirchner didakwa semalam atas dakwaan korupsi dan asetnya yang berjumlah AS$643 juta (RM2.8 bilion) dibekukan serta merta.
Menurut laporan CNN, Christina dibicarakan bersama 11 lagi tertuduh yang bekerjasama dengan beliau untuk sebuah projek ketika pemerintahannya.
Hakim mengemukan dakwaan rasuah, kerjasama haram dan pentadbiran yang teruk terhadap Christina, Julio De vido (bekas Menteri Perancangan), José López (bekas Setiausaha Kerja-kerja Awam) dan usahawan dari syarikat Austral COnstructions, Lázaro Báez.
Christina bagaimanapun bukan dibawah perintah reman dan beliau boleh mengemukakan rayuan sebelum perbicaraan.
José López pula telah dipenjarakan kerana ditangkap ketika sedang menanam sebuah beg berisi wang tunai berjumlah AS$9 juta (RM40.3 juta) di sebuah lokasi awal tahun ini.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW