KANO, Nigeria – Seorang remaja perempuan yang terpaksa menjalani kehidupan di dalam sebuah besen plastik kerana dilahirkan tanpa anggota badan akhirnya meninggal dunia pada Hari Krismas lalu.
Rahma Haruna, 19, disahkan menghidap sejenis penyakit ganjil ketika berusia enam bulan yang mengakibatkan tumbesaran tidak normal pada kedua-dua kaki dan tangannya.
Kecacatan fizikal itu menyebabkan Rahma tidak mampu merangkak dan duduk seperti bayi seusia dengannya. Ia memaksa ibunya, Fadi meletakkan anaknya di dalam besen plastik yang
Kisah Rahma tersebar secara meluas di seluruh dunia selepas jurugambar tempatan, Sani Maikatanga merakam keperitan yang ditanggung oleh gadis tersebut.
Berita kematian Rahma disahkan oleh Maikatanga menerusi laman sosial Twitter.
“Rahma Haruna meninggal dunia pada 25 Disember 2016. Semoga dia ditempatkan di Syurga,” katanya. – Agensi/Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Jenazah Pendaki Malaysia Dibawa Keluar Dari Trek P ...

Seramai 1,500 Pesilat Bertarung Dalam Kejohanan Si ...

#hiburan: Ingat Jual Lipstik Je.. Peniaga Kosm ...

Sering Disisihkan Semasa Kecil? Ini 11 Ciri Yang M ...