AMPANG JAYA – Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos yang tampil berjubah bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melakukan ‘serbuan’ ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas, di sini, petang tadi.
Serbuan yang dilakukan jam 3.45 petang di premis perjudian di Jalan Kosas 1 itu telah mengejutkan beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai.
Jamal berkata, pemeriksaan membawa media dilakukan bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.
“Berdasarkan pemantauan, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” katanya.
Sebelum ini, Jamal melakukan serbuan ke atas beberapa premis perjudian yang dikesan wujud di sekitar Sekinchan.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW