loading...

Ezam Perlu Tilik Wajah Dalam Air Kencing Kata Aktivis Politik

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Mohd Faisal Rohban Ahmad sekali lagi tampil membidas Pengerusi Hisbah Centre For Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang tidak berani untuk mengemukakan saman terhadap semua tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

 

Faisal melalui laman Facebook berkata kenyataan Ezam kononnya tidak mempunyai wang untuk membayar peguam yuran peguam hanya sebagai satu alasan.

 

“Seperti dijangka alat sewaan politik yang bernama Ezam Md Noor tidak akan berani menyaman orang yang mencabarnya supaya disaman dan akan memperlekehkan pencabar.

 

“Dia kata tidak ada duit utk bayar peguam kerana tidak ada pendapatan sejak 6 bulan lepas, betul ke tidak ada pendapatan? Bagaimana nak tampung banglo, kereta dan kehidupan mewah?

 

“Dulu tidak ada kerja dan (tidak mempunyai) pendapatan berbelas tahun juga. Duduk dlm ISA lagi…tup…tup siap sebuah banglo mewah di kawasan elit (sedangkan) mmasa itu pun berlawan dengan PM juga. Tak akan 80-90 % dari usia kehidupan awak sehingga ke hari ini awak ditanggung dari hasil pendapatan isteri, suami jenis apa awak ni,” soalnya pula.

 

Terdahulu Faisal mendakwa Ezam mengunakan Hisbah sebagai tempat mengumpul duit rasuah dan mengunakan NGO tersebut untuk mengugut individu lain bagi mendapatkan dana.

 

Marah dengan kenyataan tersebut Ezam kemudiannya menyifatkan Faisal sebagai penulis upahan yang kepanasan kerana menyerangnya dengan pelbagai tuduhan.

 

Tidak cukup dengan itu, Faisal turut mempersoalkan intergriti Ezam yang kononnya ingin berjuang membanteras rasuah namun bersekongkol dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dikaitkannya dengan isu rasuah ‘6 kotak’ sebelum ini.

 

“Nasihat saya kepada Ezam, elok awak pergi kencing dalam tempurung kelapa dan tilik wajah awak dalam air kencing itu, sebelum awak nak menasihati org ramai, awak lihat dulu dgn siapa yg awak bersekongkol sekarang?

 

“Bukankah dengan orang yang awak kata ada 6 kotak bukti rasuahnya, apa pula hukumnya tu? Tulis buku pasal rasuah bukan main lagi tapi awak sendiri pergi bersengkongkol dengan orang (Tun Mahathir) yang awak kata ada 6 kotak bukti rasuah.

 

“Ibaratnya beginilah dia (Ezam) nasihat dan larang kepada orang lain tentang bahayanya virus JE dan Nipah yang dibawa babi. Dia pesan jangan tinggal di kawasan ladang babi, jangan hampiri babi, jangan berkawan dengan tauke babi atau pekerja-pekerja ladang babi tapi dia sendiri masuk (dan) duduk dalam kandang babi dan bergelumang dengan babi,” katanya lagi.

 

Terdahulu Ezam berkata dakwaan Dr Mahathir kononnya terdapat unsur rasuah didalam BR1M mempunyai asas sambil menyifatkan kepimpinan negara berada dalam keadaan terdesak kerana mengambil kesempatan terhadap program tersebut. – SuaraTV

 

 

 

Berikut adalah kenyataan penuh Faisal berhubung isu tersebut:

 

MENJAWAB EZAM

 

1. Seperti dijangka,alat sewaan politik yg bernama Ezam Md Noor tidak akan berani menyaman org yg mencabarnya supaya disaman dan akan memperlekehkan pencabar.

 

2. Dia kata tidak ada duit utk bayar peguam kerana tidak ada pendapatan sejak 6 bulan lepas. Betul ke tidak ada pendapatan ? Bagaimana nak tampung banglo , kereta dan kehidupan mewah ? Dulu tidak ada kerja dan pendapatan berbelas tahun juga. Duduk dlm ISA lagi…tup…tup siap sebuah banglo mewah di kawasan elit. Masa itu pun berlawan dgn PM juga. Tak akan 80-90 % dari usia kehidupan awak sehingga ke hari ini hidup awak ditanggung dari hasil pendapatan isteri ? Suami jenis apa awak ni ?

 

3. Ezam kata, “saya ditahan…digari…dilokap..dipenjara..bukan kerana saya rasuah tetapi kerana saya bongkar orang rasuah”. Itu dia merujuk kpd kes 6 kotak bukti rasuah yg dia dakwa milik Tun M yg disimpannya.

 

4. Awak bongkar rasuah awak kena penjara. Org yg rasuahnya dibongkarkan oleh awak tak kena penjara sampai kini. Tapi selepas keluar penjara awak pergi peluk cium dan bersekongkol dgn org yg awak simpan 6 kotak bukti rasuahnya. Kua…kua…kua…kua…tak ke haru biru tu namanya ?

 

5. Hari ini awak marah orang lain sokong Najib. Keluarkan bagai2 ayat dan fatwa menasihati org ramai agar tidak menyokong pemimpin yg rasuah. Sebabnya kerana Najib tidak melayan atau memenuhi dedak gred AAA yg awak perlukan. Dulu bukankah merajuk bawa diri ke Australia ??? Hi..hi..hi..jangan marah.

 

6. Nasihat saya kpd Ezam, elok awak pergi kencing dlm tempurung kelapa dan tilik wajah awak dlm air kencing itu. Sebelum awak nak menasihati org ramai, awak lihat dulu dgn siapa yg awak bersekongkol sekarang ? Bukankah dgn org yg awak kata ada 6 kotak bukti rasuahnya ? Apa pula hukumnya tu ? Tulis buku pasal rasuah bukan main lagi. Tapi awak sendiri pergi bersengkongkol dengan orang (Tun Mahathir) yang awak kata ada 6 kotak bukti rasuah. Lagi lawak penutup 2016. Kah…kah….kah…kah…Ibaratnya beginilah, dia nasihat,larang dan pesan kpd org lain tentang bahayanya virus JE dan Nipah yg dibawa babi. Dia pesan jgn tinggal di kawasan ladang babi, jangan hampiri babi, jangan berkawan dgn tauke babi atau pekerja2 ladang babi. Tapi dia sendiri masuk duduk dlm kandang babi dan bergelumang dgn babi.

 

8. Dulu keluar PKR tubuh GERAK. Kaut pusingan pertama. Kemudian masuk Umno tubuh pula Yayasan Nusantara. Kaut lg pusingan kedua. Sekarang keluar Umno masuk PPBM, tubuh pula Hisbah Centre. Kaut pula pusingan ketiga. Berapa banyak NGO daaaa ??? Senang nak kaut daaaa….Waktu nak mengaut minta dgn orang itu dan orang ini dgn ayat ” you tak perlu tlg i. You tlg ngo i ni ja” Masyukkkk….Saya kenal dia wahai kawan2 sekalian. Bukan kenal setahun. Bukan kenal dua tahun. Kenal berbelas tahun. Segala skrip2nya dlm kepala saya . Cuba bentang laporan kewangan Ngo2 itu semua kita nak tengok. Keh keh keh…sepatutnya sebuah badan yg anti rasuah memberi contoh kpd badan2 lain atau org ramai tentang ketelusan kewangan. Pamer di laman web sepanjang masa kewangan mereka. Tapi laman web pun tiada. Yang ada FB. Itu pun ada 12 orang ja pengikut. Wa kah…kah…kah…kah….lalat oh lalat….12 org pengikut ja. Ngo hebat, nama gah, ngo antarabangsa, ngo org yg berani yg sdg bergasak dgn PM. 12 pengikut ja ? Jommmm sekali lg kita gelak…. wa kah kah kah kah kah kah….

 

Nota : Saya tidak menuduh atau membidas Tun M melakukan rasuah dan salahguna kuasa hingga 6 ada kotak bukti. Itu Ezam yg kata. Dan saya membidas Ezam sahaja berdasarkan apa yg dia kata. Bulan November lepas dlm wawancara dgn Sinar Harian Ezam mengakui 6 kotak itu masih wujud.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...