Tahniah diucapkan kepada Yatt Hamzah dan suami yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan pada pagi tadi. Bayi comel perempuan seberat kira-kira 3 kilogram itu telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju pada jam 9.14 pagi tadi.
BACA: Yatt Hamzah Kini Sah Hamil Dua Bulan
“Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah. Isteri saya dimasukkan hospital semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi.
“Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama. Tak kira jauh atau dekat, kami amat hargai doa dan kasih sayang mereka,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.
Bagaimanapun, pasangan ini masih belum memutuskan nama bagi cahaya mata perempuan mereka ini. Untuk pengetahuan, bayi comel ini merupakan anak pertama hasil perkongsian hidup Yatt dan suami, Mohammad Zulfadhli yang bernikah pada Febuari lalu. Manakala anak kedua buat Yatt selepas dikurniakan seorang anak pada perkahwinan yang lalu. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW