PETALING JAYA – Terkesan dengan kritikan pemimpin Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengakui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan berbentuk rasuah.
Menurutnya, ia adalah hak orang ramai untuk menerima bantuan kewangan tersebut dan beliau turut mempertikai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sebenarnya, tidak. Apa sahaja yang diberikan oleh kerajaan, perlu diberikan kepada rakyat. Ia bukanlah rasuah.
“Ia adalah hak mereka untuk mendapat bantuan dan jika mereka layak untuk mendapatkan borang bantuan kerajaan, saya rasa ia patut diberi,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata, PKR tidak membantah penyaluran bantuan berkenaan kerana ia merujuk kepada kemampanan inisiatif.
“Kritikan kami adalah bahawa tidak semua orang mendapat BR1M, tetapi semua orang membayar GST,” katanya.-Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW