KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi 2016 dengan jayanya biarpun terpaksa menempuh banyak cabaran terutama dalam hal politik dan ekonomi, kerajaan komited untuk terus menjadikan Malaysia lebih selamat, makmur serta saksama pada 2017.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, di samping tumpuan khusus membangunkan negara, 2017 juga bakal menjadi saksi bahawa Malaysia tidak akan sesekali menjauhkan diri daripada menyuarakan pandangan serta terus memainkan peranan aktif dalam isu-isu global.
Bagi tujuan itu katanya, Malaysia akan tetap komited untuk menyokong usaha ke arah keamanan di Asia Barat seperti yang ditunjukkan dalam resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin, selain berusaha menghentikan kezaliman terhadap etnik Rohingya.
Menurut Perdana Menteri, dalam konteks menjadikan Malaysia lebih selamat, makmur dan saksama, usaha tersebut penting untuk menjayakan Transformasi Negara 2050 (TN50), sekali gus melahirkan sebuah masyarakat Malaysia maju serta penuh dengan keyakinan diri yang tinggi.
“Sepanjang tahun lalu kerajaan berjaya membina daya tahan ekonomi negara dengan mengekalkan defisit, inflasi serta pengangguran di tahap terendah. Kita mencatat pertumbuhan antara 4.3 hingga 4.5 peratus, kadar yang menjadi impian bagi Eropah serta Amerika Utara.
“Maknanya formula kita berjaya dan
Tambah Najib, kerajaan juga komited untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi meningkatkan keselesaan kepada rakyat dan bagi tujuan tersebut sistem pengangkutan Mass Rapid Transit (MRT) fasa pertama dilancarkan minggu lalu.
Jelasnya, selain MRT, beberapa projek lain seperti Rapid Pengerang di Johor; Malaysia Vision Valley; Bandar Malaysia; Tun Razak Exchange (TRX); Lebuhraya Pan Borneo; Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) juga merupakan bukti kesungguhan kerajaan bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri memaklumkan bahawa Malaysia akan terus berada di barisan hadapan dalam perjuangan menentang ekstremisme dan radikalisme baik dalam negara mahupun di luar negara.
“Kerajaan akan sentiasa meletakkan keselamatan dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, tetapi dalam soal ekstremisme kita sudah berdepan serangan pertama Daesh pada Jun lalu, tetapi kerajaan memberi jaminan keselamatan rakyat akan terus dilindungi,” katanya. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara-gar ...

Resepi Rendang Ayam Minang Sedap ...

Lebih 20 Korban Gempa, Bangkok Zon Bencana ...

Dbkl Jawab Isu Abang Belon, Dakwa Peniaga Tak Hi ...