Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan rumah tangga Adi Putra bersama isteri kedua sedang bergolak. Belum pun sempat Adi memberikan penjelasan mengenainya, seorang wanita yang dikenali sebagai Zarina Bakariah telah menyerang akaun media sosial pelakon itu dengan kata-kata hinaan kepada Adi dan kedua-dua isterinya hingga menyentuh soal zuriat.
BACA: Adi Putra, Isteri Kedua Ada Masalah?
Berang dengan sikap wanita terbabit, Adi terus membalas komen berkenaan dengan cara yang bersahaja namun ada tegasnya disebalik posting yang dimuat naik itu. Dalam masa yang sama, wanita terbabit juga menuduh Adi sebagai seorang suami yang dayus dan tidak pandai mendidik isteri-isterinya selain mempersendakan soal zuriat oleh pasangan ini.
“Lu apa hal! Takde yg tersinggung pun, cuma terfikir bila Tuhan cakap sama Lu yg Tuhan tak bagi zuriat sama Gua. Terima kasih dan Alhamdulillah kerana komen,” tulisnya menerusi akaun Instagram kepada wanita yang mengkritik isu rumah tangganya.
Apapun buat Adi sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujian yang diberikan. Mulut orang memang tidak boleh dikawal, biarkan sahaja mereka bebicara sendirian. Soal zuriat adalah rezeki dari Tuhan, sebagai manusia siapalah kita ingin menilai dan menghukum seseorang. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW