loading...

Juliana Evans Nafi Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Raja

KUALA LUMPUR – Aktres Juliana Evans menafikan dakwaan beliau bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang kerabat Diraja Selangor yang dikenali sebagai Tengku A.

 

Memetik laporan Kosmo, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 27, didakwa telah pun mengedar kain pasang untuk kedua-dua keluarga lelaki dan perempuan bagi tujuan majlis perkahwinan.

 

Juliana juga didakwa tidak mahu mengikat tali pertunangan sebaliknya ingin terus melangsungkan perkahwinan.

 

“Ya Allah, tidak benar sama sekali. Saya tidak tahu macam mana cerita sebegini boleh dibesarkan.

 

“Cerita saya sudah mengedar kain pasang untuk berkahwin memang mengarut.

 

“Lebih-lebih lagi, ia bukan datang daripada mulut saya. Saya juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan melangsungkan majlis pertunangan sebelum berkahwin.

 

“Kalau benar saya akan berkahwin, sudah tentu saya sendiri akan mengumumkan kepada teman media,”katanya yang mengakui perkahwinan merupakan perkara yang sangat istimewa.

 

“Kalau benar saya akan berkahwin, saya sendiri akan buka mulut. Paling kelakar apabila kenyataan tersebut mengatakan saya tidak mahu bertunang. Sudah tentu saya mahu bertunang,” katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...