loading...

Doktor Pakar Bidas Kosmo Online Pasal Isu Pisang

KUALA LUMPUR – Portal Kosmo Online hari ini dibidas keran didakwa memberikan maklumat yang salah mengenai permakanan pisang.

 

 

Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Sultan Hj Ahamd Shah Temerloh, Doktor Rafidah Abdullah berkata Kosmo tidak sewajarnya memberikan maklumat yang salah sehingga boleh mengelirukan pembaca.

 

“Jangan mengarut ye Kosmo, kalau fungsi buah pinggang tak elok/kronik, (wajar) makan pisang banyak (sedangkan fakta sebenar) boleh menyebabkan kematian (kerana) garam potassium tinggi.

 

“@kosmo_online mohon jangan bagi info mengelirukan orang ramai, dan dalam statement ini (boleh) memudharatkan. Boleh tak check dulu fakta?? #MedTweetMY,” ujarnya.

 

Terdahulu portal tersebut melalui akaun Twiter mendakwa permakanan pisang boleh membantu pesakit yang mengalami masalah kesihatan.

 

“#TipSihat Amalkan makan buah pisang masak untuk melegakan lemah jantung, buah pinggang lemah, paru-paru kotor dan luka dalam perut,” memetik kenyatan tersebut.

 
Sementara itu, tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata penguna Twitter turut bersetuju dengan kenyataan Dr Rafidah.

 

Malah ada yang menggesa portal tersebut memeriksa kembali maklumat tersebut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...