loading...

Polis Marin Rampas Rokok Seludup Lebih Setengah Juta

KUANTAN – Seorang lelaki ditahan bersama 58,500 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM694,512 hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di Kilometer 250 Lebuhraya Pantai Timur 2, susur keluar Tol Jabor petang tadi.

Ketua Bahagian Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 3 DSP Mohd Razlin Abd Manaf berkata suspek berumur 61 tahun itu ditahan 3.30 petang hasil maklumat orang ramai serta risikan yang dibuat selama dua minggu.

“Ketika pemeriksaan dibuat, suspek yang memandu lori berkenaan telah memberi kerjasama dan hasilnya polis berjaya 58,500 karton rokok seludup,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Beliau berkata kesemua rampasan berkenaan dipercayai untuk pasaran Terengganu dan Pahang. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...