loading...

Batal ‘Live’ Piala Sumbangsih, TV3 Jadi Mangsa FAM?

DRAMATIK… Jika sebelum ini pelanggan Unifi TM tidak dapat menonton perlawanan bola sepak tempatan menerusi Hypp TV waima daripada saluran teresterial, kerana isu hak siaran eksklusif.

Ini menyebabkan siaran langsung perlawanan liga Malaysia sama ada disiarkan saluran RTM atau Media Prima Berhad itu akan memaparkan notis makluman berbunyi “Tiada rancangan disiarkan kerana masalah hak liputan.”

Situasi ini bukan pun isu baharu apabila penonton di negara jiran juga gagal menonton siaran langsung perlawanan termasuk Piala Dunia kerana hak eksklusif itu juga tidak membenarkan liputan melepasi sempadan antarabangsa.

Keadaan itu menyebabkan ketika sesuatu perlawanan tersebut berlangsung, penonton di negara jiran pula hanya dapat menyaksikan siaran tiba-tiba bertukar menjadi seperti rosak dengan bunyi bingit seumpama sarang lebah!

Malangnya, ketika jutaan peminat sukan No.1 di Malaysia itu mengharapkan ada siaran langsung melalui saluran teresterial kerana tidak mampu melanggan perkhidmatan televisyen satelit berbayar, lain pula yang berlaku.

Penonton setia TV3 pada Sabtu dikejutkan apabila dimaklumkan saat-saat akhir pembatalan siaran langsung Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah yang sepatutnya disiarkan pukul 8.30 malam antara pasukan Kedah dan JDT.

Arahan drastik itu diputuskan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan penganjur liga tempatan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Baca: Siaran Langsung Perlawanan Liga Malaysia Di Unifi

Berita sedih itu dimaklumkan menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam tanpa dinyatakan sebab pembatalan aneh tersebut meskipun pihak stesen swasta popular itu sudah lama mempromosikan perlawanan berkenaan sebelumnya.

Ramai netizen tempatan menyifatkan keputusan pelik itu ekoran langkah FAM dan FMLLP menjalinkan kerjasama penyiaran menerusi tajaan paling besar dalam sejarah sukan Malaysia dengan pihak Unifi TM bernilai RM480 juta.

Penajaan lumayan itu membolehkan hak eksklusif melalui Unifi TV dan kesemua skrin boleh diakses dalam aplikasi Unifi PlayTV bagi Liga Super, Piala Malaysia dan penaja bersama Piala FA bermula tahun ini sehingga tahun 2025.

Sehubungan itu, dengan termeterainya perjanjian mega ini, saingan liga bola sepak dalam Malaysia kini dikenali sebagai “Unifi Liga Super Malaysia” dan piala pusingan tersebut dinamakan pula sebagai “Unifi Piala Malaysia”.

Malangnya tanpa disedari TV3 menjadi mangsa pertama FAM dan FMLLP kerana bukan semua rakyat Malaysia ada melanggan Unifi di kediaman atau tempat kerja mereka ditambah harga pakej bulanannya pula bukanlah percuma.

Ternyata tajaan mega bakal dinikmati semua pasukan liga selama lapan tahun berturut-turut itu lebih diutamakan pihak FAM dan rakyat marhaen yang tidak mampu ke stadium hanya mampu melopong! – Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...