loading...

Suka Sama Suka Dengan Gadis 11 Tahun: Dakwaan R0g01 Terhadap Lelaki 28 Tahun Ditolak

Di Peranchis, kumpulan pejuang hak kanak-kanak marah apabila pendakwaraya menolak pemdakwaan rogol oleh seorang lelaki terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Hal ini demikian kerana kedua-duanya suka sama suka melakukan hubungan intim.

Menurut polis Montmagny, mereka menangkap seorang lelaki berusia 28 tahun yang didakwa melakukan hubungan intim dengan mangsa sebanyak dua kali.

Pendakwaraya tidak mendakwa suspek dengan kesalahan rogol kerana mangsa tidak menolak ajakan dan suspek juga tidak melakukan sebarang keganasan.

Kumpulan pejuang hak kanak-kanak mengecam keputusan pendakwaraya, dengan alasan kanak-kanak 11 tahun masih tidak boleh melakukan hubungan intim.

Mengikut siasatan polis, suspek bertemu mangsa di jalanan. Dia menawarkan diri untuk mengajar mangsa cara bercumbu. Mangsa setuju dan mengikut suspek ke rumahnya sebelum melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya dua kali.

Walau bagaimanapun, suspek tidak terlepas dari hukuman. Dia didakwa dengan pertuduhan penderaan seksual kanak-kanak, yang jika didapati bersalah hukumannya lebih ringan, iaitu penjara lebih 5 tahun dan denda lebih $75,000.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...