Antara baju dan nyawa anak yang mana lebih penting dan berharga? Di China seorang lelaki menuntut gantirugi kepada para doktor yang menggunting baju anaknya dalam Bilik Kecemasan.
Menurut Encik Li, para kakitangan perubatan harus bertanggungjawab di atas kerosakan dan kehilangan baju anaknya semasa menjalani CPR untuk diselamatkan.
Pada 11 September lalu, anak Encik Li tiba-tiba jatuh pengsan semasa sedang bekerja, lalu dihantar ke Hospital Universiti Zhongnan. Menurut laporan, anaknya tidak bernafas dan tiada denyut nadi.
Para kakitangan perubatan terpaksa melakukan CPR untuk mengembalikan denyutan jantungnya. Mengikut standad operasi, untuk melakukan prosedur ini, baju pesakit harus ditanggalkan, biasanya digunting.
Selepas dirawat anak Encik Li berjaya diselamatkan. Kakitangan perubatan tidak menemui barang berharga pada anaknya. Baju yang sudah koyak digunting telah dibuang ke dalam tong sampah.
Beberapa hari kemudian, Encik Li meluahkan rasa tidak puashati kerana baju anaknya tidak dikembalikan. Menurutnya dia berterima kasih kepada pihak hospital kerana menyelamatkan anaknya, tetapi tidak setuju bajunya dibuang tanpa kebenaran.
Atas kehilangan ini, Encik Li menuntut 1,500 Yuan (RM1,000) dari pihak hospital. Walau bagaimanapun, pihak hospital cuma bersetuju membayar pampasan 1,000 Yuan (RM650). Pampasan ini dibayar secara kongsi oleh empat orang doctor yang menyelamatkan anaknya.
Jadi menurut anda, apakah tindakan Encik Li ini wajar?
Comments
comments