loading...

Rozita Che Wan Nafi Hamil Anak Kedua

Baru-baru ini kecoh seketika industri hiburan apabila ada ura-ura mengatakan Rozita Che Wan sedang hamil. Ramai yang teruja mendengar berita tersebut namun sebenarnya Che Ta tidak hamil. Jelasnya badannya berisi sedikit bukanlah hamil tetapi mungkin kerana berat badan yang bertambah.

BACA: Rozita Che Wan Sedang Hamil Anak Kedua?

“Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik. Mungkin kerana badan saya berisi, ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti”

“Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga,” katanya kepada Harian Metro berhubung perkara itu.

Bukan sahaja didakwa tampak berisi kerana hamil, menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila salah seorang teman rapat Che Ta turut mengusik pelakon itu mengenai Aaisyah Dhia Rana yang bakal menimang adik baru. Bagaimanapun Che Ta menafikannya dan menganggap ianya usikan saja.

Dalam hal ini, Che Ta tahu peminat dan suaminya, Zain Saidin juga mengimpikan anak kedua darinya namun bagi Che Ta, beliau masih belum bersedia untuk menambah bilangan anak. Melepas semua nak tengok anak kedua Che Ta, harap-harap lepas ini Che Ta terbuka hati untuk hamil lagi. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...