Biarpun pelbagai spekulasi timbul gara-gara kontroversi main cinta diantara Shahir dan Mona baru-baru ini, Erra Fazira mendedahkan hubungannya masih baik dengan Shahir. Tidak mahu mengulas panjang, Erra hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat beliau dan Shahir.
BACA: Kontroversi Tak Gugat Cinta Shahir Dan Erra Fazira
“Hubungan kami masih baik dan doakan segalanya yang terbaik buat kami. Semoga yang baik juga akan bersama dengan orang yang mendoakan kebaikan itu. Saya juga tidak berhasrat untuk memberi komen panjang dan membentangkan secara terperinci mengenai hubungan saya dengan Syahir. Cukuplah saya beritahu secara ringkas”
“Saya sudah dimaklumkan oleh Shahir sendiri mengenai isu itu. Selain itu, saya juga ada bertanya pandangan teman-teman dalam industri seni serta mereka yang prihatin berkaitan isu terbabit. Justeru, sedikit-sebanyak saya faham permainan dan sepak terajang dunia hiburan tanah air”
“Saya juga tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia hanya akan memanjangkan isu yang tidak ada hala tuju itu. Saya percaya semua orang melalui gelombang hidup dan mempunya sisi cerita tersendiri. Ini adalah sebahagian cerita dalam kehidupan kita,” jelasnya kepada Harian Metro.
Beberapa hari lalu, Shahir ada menyuarakan hasratnya secara terbuka untuk meminang Erra pada tahun depan. Walaupun dikritik curang kepada kekasih, Shahir menegaskan, Erra faham dengan situasi yang berlaku dan ianya tidak sedikit pun membuatkan hubungan cinta mereka tergugat. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW