loading...

Liverpool Tewaskan Burnley 2-1 Di Anfield

LONDON – Liverpool bangkit untuk menewaskan Burnley 2-1 di Stadium Anfield, awal pagi tadi.

Anak didik Jurgen Klopp dikejutkan dengan jaringan awal Burnley menerusi Ashley Barnes pada minit ketujuh.

Liverpool bagaimanapun terpaksa terpaksa menunggu hingga penghujung babak pertama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Georginio Wijnaldum pada masa

tambahan.

Pemain tengah, Emre Can meletakkan The Reds di depan apabila rembatan leretnya gagal diselamatkan penjaga gol, Tom Heaton, enam minit selepas babak kedua bersambung.

Sadio Mane berpeluang menambah jaringan ketiga Liverpool pada minit ke-89, namun percubaannya diselamatkan Heaton. – Agensi



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...