loading...

Lim Kit Siang Bakal Catat Rekod Pemimpin Politik Diktator Paling Lama Di Dunia

Sejarah pemimpin diktator dunia paling lama memerintah digalas oleh bekas pemimpin Korea Utara Kim Il-sung yang meneraju negara tersebut selama 46 tahun.

Sementara ditempat kedua adalah peneraju Zimbabwe, Robert Mugabe selama 37 tahun, diikuti Presiden Indonesia, Suharto; pemerintah Rusia, Joseph Stalin serta Presiden Iraq, Saddam Hussein yang meneraju negara masing-masing secara diktator selama 30 tahun sebelum digulingkan.

Walaubagaimanapun, di arena politik tempatan, Lim Kit Siang dalam pada itu mencatatkan pemerintahan diktator paling lama dalam sesebuah organisasi dengan rekod 51 tahun meneraju DAP dan masih menggalas tugas sebagai pemimpin parti berkenaan.

Menurut analisis laman portal PRU14.tv, Kit Siang hanya perlu mengekalkan jawatannya sebagai Penasihat DAP untuk tempoh setahun lagi bagi merampas kedudukan diktator paling lama memerintah dalam sejarah dunia.

“Ya, Kit Siang telah menjadi diktator DAP selama 51 tahun. (Lee) Kuan Yew selama 52 tahun. Jadi Kit Siang perlu menunggu setahun lagi untuk mengalahkan Kuan Yew dan menuntut gelaran diktator yang paling lama yang masih bertahan di dunia.

“Dan Kit Siang berharap menjelang tahun depan, 52 tahun, dia akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia walaupun belum ada keputusan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri,” tulis laporan berkenaan.

Sebelum menglibatkan diri dalam arena politik, Kit Siang merupakan editor sebuah syarikat akhbar di Singapura.

Beliau secara rasmi menyertai politik sebagai setiusaha politik kepada Devan Nair yang bertanggungjawab menubuhkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Tanah Melayu sebagai proksi Parti Tindakan Rakyat (PAP), Singapura.

Dan setelah Singapura keluar daripada jajahan Tanah Melayu pada 1965, Kuan Yew yang meneraju PAP mengarahkan Kit Siang pulang ke Malaysia untuk menerajui DAP.

Dakwa laporan PRU14.tv, PAP dan DAP kedua-duanya menjunjung sistem negara republik seperti Korea Utara berbanding sistem raja berpelembagaan yang digunakan Malaysia kini.

“Itulah sebabnya DAP telah mengarahkan para pemimpinnya agar tidak menerima anugerah dan gelaran dari Raja-Raja Melayu atau mematuhi kod pakaian yang betul apabila mengadakan pertemuan dengan Raja-Raja.

“…Kuan Yew adalah seorang peminat tegar Korea Utara dan Kim Il-sung, yang mengambil alih kuasa pada tahun 1948 dan tidak lama selepas itu melancarkan perang terhadap Korea Selatan.

“Kit Siang dan Kuan Yew sering bercakap tentang bagaimana diktator mulanya akan dibangkang dan dinasti politik akan mengalami penolakan tetapi selepas beberapa ketika mereka yang lahir di bawah rejim itu akhirnya menerima,” dakwanya.

Rusuhan kaum Malaysia 1969, juga dikenali sebagai ’13 Mei’, telah direka selepas 1964 rusuhan kaum di Singapura, rusuhan kelima sejak 1950Rusuhan kaum Malaysia 1969, juga dikenali sebagai ’13 Mei’, telah direka selepas 1964 rusuhan kaum di Singapura, rusuhan kelima sejak 1950

Dakwa PRU14.tv, Kit Siang yang mendapat didikan secara langsung daripada Kuan Yew, menjadi pakar propaganda politik yang licik sepertimana bekas Presiden Singapura itu.

“Kit Siang akan mengeksploitasi apa sahaja dan segala-galanya dalam misi matlamat menghalalkan cara. Anda boleh lihat bagaimana Kit Siang boleh menukar musuh-musuhnya kepada kawan-kawannya satu hari dan kawan-kawannya kepada musuh-musuh-nya pada hari berikutnya.

“Sama seperti apa Kuan Yew lakukan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Britain dan kemudian untuk menjadikan Singapura sebuah republik. Jika anda tahu sejarah Singapura dan Kuan Yew anda akan dapat melihat sejauh mana kaitan iaitu sejarah DAP dan Kit Siang. Dan ini adalah pasti bukan secara kebetulan tetapi melalui perancangan,” dakwanya lagi. – Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...