Pyongyang semalam berkata sebagai “amat tidak masuk akal” berhubung versi rasmi kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Sebuah Malaysia semalam mendakwa dua wanita atas tuduhan membunuh lebih dua minggu selepas Kim Jong-nam diserang di khalayak ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.
Doan Thi Huong, seorang wanita Vietnam berusia 29 tahun, dan Siti Aishah, yang berusia 25 tahun yang berasal dari Indonesia, didakwa meracun Kim dengan mengelap mukanya dengan bahan kimia saraf VX.
Media rasmi Pyongyang, KCNA. berkata ia adalah “amat tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa orang yang menggunakan VX – yang boleh membawa maut walaupun terhidu jumlah yang kecil atau tersentuh pada kulit – tidak terjejas dengannya dan orang yang digunakan ke atasnya menemui kematian”.
Pendedahan kepada VX membunuh Kim dalam masa 15 hingga 20 minit, kata menteri kesihatan Malaysia. Salah seorang wanita tertuduh dikatakan telah mengalami muntah-muntah selepas serangan itu.
Polis Malaysia sedang mencari tujuh rakyat Korea Utara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu, termasuk seorang diplomat di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan seorang kakitana syarikat penerbangan negara itu Air Koryo.
“Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Korea Selatan berterusan menyalahkan DPRK (Republik Demokratik Rakyat Korea),” kata KCNA. Tanggapan bahawa Korea Utara telah terlibat dalam kematian Kim, adalah kekurangan “ketepatan saintifik dan kepaduan logik,” kata laporan itu.
Kedua-dua wanita yang didakwa dengan pembunuhan itu dilihat meninggalkan bangunan mahkamah Majistret Sepang dengan bergari dan memakai jaket kalis peluru. Pertuduhan itu, jika terbukti, membawa hukuman mati mandatori.-Malaysiakini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW