Jawatankuasa perisikan Dewan Perwakilan AS akan menyiasat dakwaan pakatan sulit antara kempen Donald Trump semasa pilihan raya presiden dan Russia, kata wakil Demokrat dalam panel itu semalam.
“Kami telah mencapai satu perjanjian bertulis, minoriti dan majoriti dalam jawatankuasa perisikan itu, bahawa kita akan menyiasat dakwaan pakatan sulit Russia dengan kempen Trump ini,” kata Wakil Demokratik, Adam Schiff kepada MSNBC.
Jawatankuasa itu, dalam satu kenyataan, berkata pengerusi dari Republikan, Devin Nunes dan Schiff telah bersetuju bahawa siasatan mereka akan mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti: “Adakah langkah-langkah aktif Russia itu termasuk kaitan antara Russia dan individu yang berkaitan dengan kempen politik atau mana-mana orang lain di Amerika Syarikat? ”
Sementara itu, pejabat peguam Rumah Putih telah menghantar memo mengarahkan pembantu Trump untuk menjaga bahan-bahan yang boleh dihubungkan dengan dakwaan campur tangan Russia dalam pilihan raya 2016 dan isu-isu yang berkaitan, kata seorang pegawai pentadbiran semalam.
Pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, mengesahkan laporan Associated Press mengenai memo itu. AP, yang memetik pegawai-pegawai pentadbiran berkata, memo itu dihantar pada hari Selasa.
Agensi perisikan AS telah membuat kesimpulan bahawa Rusia berusaha untuk mempengaruhi pilihan raya presiden untuk membantu Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton.
Jawatankuasa kongres sedang menyiasat peranan Russia dalam penggodaman komputer Parti Demokratik dan mengeluarkan maklumat kepada umum. Penyiasat persekutuan sedang menyiasat kemungkinan wujud kontak antara penasihat Trump dan Russia.
Senator Demokrat minggu lepas meminta Rumah Putih dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menyimpan semua bahan yang membabitkan hubungan antara pasukan Trump dan pegawai-pegawai Rusia, kata AP.
Jawatankuasa perisikan Senat telah membuat permintaan yang sama, kata AP.-Reuters
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW