Pada 5 Ogos 2015, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Sinar Harian, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyatakan bahawa PKR sedia mengisytiharkan sumber dana politik parti itu seperti dicabar oleh Barisan NAsional (BN).
“Itu memang dasar kita daripada awal penubuhan iaitu mempertahankan prinsip ketelusan untuk memastikan amalan yang dibuat di beberapa buah negara maju yang telus dalam pengurusan pilihan raya,” katanya ketika itu.
Namun selepas beberapa tahun, tiada pengumuman dibuat oleh PKR berhubung dana politik mereka sebaliknya mereka lebih kecoh mengenai BN.
Berbanding dengan pembangkang, BN memang tiada masalah malah Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencadangkan supaya semua parti mengisytiharkan sumber dana politik masing-masing.
“Kami (Barisan Nasional) sedia mendedahkan sumber dana tetapi mereka (pembangkang) juga perlu bersedia melakukan tindakan sama,” kata beliau kepada pemberita pada tahun lepas.
Perkara berkenaan tidak berlaku kerana pembangkang enggan melakukannya walaupun mereka sibuk melaungkan pilihan raya yang bersih dan telus.
Hakikatnya, jika mereka mahu mengisytiharkan dana maka rakyat Malaysia akan tahu daripada mereka mendapat wang, bukan hanya dipihak BN semata-mata.
Malangnya apabila UMNO melalui Perdana Menteri mendapat dana, mereka telah mempertikaikannya dengan membuat pelbagai spekulasi dan tuduhan yang bukan-bukan terhadap Najib.
Bukan sahaja PKR, DAP juga enggan mengisytiharkan sumbangan dana politik yang diterima. Adakah kerana ia melibatkan wang daripada `musuh’ luar atau ada aktiviti lain? Mereka tidak perlu menjawabnya sebaliknya hanya perlu bersetuju untuk mengisytiharkan dana masing-masing, apatah lagi pilihan raya umum ke-14 semakin hampir.
Parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan juga perlu berbuat demikian. Dari situ kita tahu dari mana dana itu diperolehi.
Maka sahutlah cabaran daripada Perdana Menteri yang sudah beberapa kali berikrar untuk mengisytihar dana, demi integriti, seperti yang mereka laungkan selama ini.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW