loading...

CIA Sengaja Mahu Burukkan Saya Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan laporan Agensi Risikan Pusat (CIA) yang mengaitkan pentadbirannya dengan skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) sebagai cubaan untuk mencemarkan nama baiknya.

 

Bekas perdana menteri itu berkata Amerika Syarikat (AS) seperti mahu membalas dendam terhadapnya kerana lantang mengkritik dasar negara itu.

 

Beliau juga mempersoalkan laporan BMF — anak syarikat Bank Bumiputera yang kehilangan RM2.5 bilion berhubung pelaburan hartanah di Hong Kong — yang baru didedahkan sedangkan isu itu berlaku pada tahun 1980-an.

 

“Mereka (CIA) menyerang saya kerana saya tidak pernah berhenti mengkritik mereka. Mereka sengaja memburuk-burukkan saya.

 

“Kenapa baru sekarang bangkitkan isu itu? Apa mereka boleh betulkan apa yang saya lakukan dahulu? Niatnya bersifat politik, ada yang mungkin dapat keuntungan daripadanya,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...