loading...

Chong Wei, V Shem-Wee Kiong Prospek Juara Dunia 2017

KUALA LUMPUR – Selepas kempen cemerlang sepanjang tahun lalu, Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland Ogos depan diharap memberi sinar cerah untuk barisan pemain negara yang mempunyai prospek untuk meraih dua gelaran kejuaraan dunia.

 

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid berkata, prospek utama terarah kepada pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

 

“Seperti yang kita ketahui, satu takhta kejuaraan yang masih belum dimenanginya adalah Kejohanan Dunia.

 

“Ketika ini juga, kita mempunyai beregu lelaki yang menduduki ranking pertama dunia (Goh V Shem-Tan Wee Kiong).

 

“Saya pasti mereka juga mahu berusaha untuk muncul juara dunia,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO BAM di sini, hari ini.

 

Beliau juga menegaskan, Sukan SEA 2017 pada Ogos ini yang menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah adalah antara kejohanan utama yang perlu diberi tumpuan.

 

“Saya tidak dapat memberikan sasaran yang spesifik berapa banyak pingat emas yang harus dimenangi tetapi kita perlu menjadi yang terbaik,” katanya.

 

Tahun 2016 menjadi musim paling cemerlang untuk skuad badminton negara apabila meraih tiga pingat perak di Sukan Olimpik Rio menerusi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran.

 

Mengulas keputusan Chong Wei untuk berehat seketika dan kembali beraksi di Seluruh England pada Mac depan, Al Amin berkata, BAM memahami keputusan pemain nombor satu dunia itu.

 

“Tahun lalu Chong Wei menyertai banyak kejohanan kerana mahu memperbaiki ranking dan layak ke Sukan Olimpik. Selepas berakhir Olimpik, dia memilih untuk menyertai kejohanan tertentu saja.

 

“Oleh kerana usianya semakin meningkat, proses untuk mengekalkan tahap kecergasannya juga agak perlahan,” katanya.-BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...