KUALA LUMPUR – Tahun 2017 bukan tahun yang baik untuk ekonomi Malaysia dan dunia, apatah lagi angka tujuh sering disamakan dengan nasib malang, kata guru fengshui, Louis Loh mengenai keadaan 2017.
Menurut laporan China Press beberapa hari lalu, Loh berkata, telah berlaku krisis saham pada 1987 diikuti krisis kewangan Asia 1997 dan pada 2007 pula, kemelut Lehman Brothers telah membawa pergolakan ekonomi, petik MG.
Menurut Louis, tahun kemerdekaan ke-60 buat Malaysia juga bukan satu petanda yang baik.
Tambahnya lagi, negara adalah sama seperti manusia di mana kita akan menghadapi pergolakan apabila menghampiri 60 tahun.
“Umur 59, 60 dan 61 selalunya penuh dengan pergolakan,” katanya lagi.
Walaupun bukan pakar ekonomi dan politik, Louis bagaimanapun menjangkakan keadaan ekonomi global akan lebih teruk berbanding 2016 malahan dunia akan diwarnai pertempuran pada 2017.
“Terdapat pertempuran unsur api dan emas (logam) pada 2017. Api boleh mewakili meriam dan emas mewakili senjata.
“Dari segi makro, ia akan berlaku lebih banyak peperangan dan pertikaian,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW