KUALA TERENGGANU – Penularan gambar dan cerita tentang seorang wanita yang bersalin dalam tangki air di Kampung Getang, Hulu Terengganu semalam adalah palsu.
Memetik Kosmo, dalam kejadian pukul 3 petang itu, seorang lelaki yang dibantu jururawat telah menolak isterinya yang sarat mengandung menggunakan tangki air untuk membawanya ke darat yang tidak ditenggelami air banjir sebelum dibawa ke hospital berikutan banjir melanda daerah itu.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, wanita yang kini mengandung lebih hari itu masih tidak bersalin dan berada di Hospital Sultanah Nor Zahirah, di sini.
Tambahnya, bagi kes pasangan tersebut, mereka tidak menjangka kawasan rumah akan dinaiki air kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kerana tiada bot, wanita tersebut tidak mengharungi air dan suaminya telah menggunakan tangki air untuk membawanya ke tepi jalan untuk menaiki ambulan.
“Jadi, cerita yang tersebar kononnya wanita berkenaan bersalin di dalam tangki air itu tidak benar. Dia masih belum bersalin hingga hari ini,” ujarnya,” jelasnya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW