KUALA LUMPUR – Exco Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor, Ismail Mohamed menegaskan Umno Bahagian akan memastikan kerusi parlimen Pagoh akan terus dipertahankan dalam pilihanraya umum akan datang.
Ismail yang juga merupakan pemangku Ketua Umno bahagian Pagoh ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata pihaknya bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja
“Saya tidak ada halangan (untuk) bertanding atau sesiapa pun (untuk menentang Muhyiddin dalam pilihanraya umum akan datang), sebagai (pemangku) Ketua Umno di Pagoh (mungkin) saya yang sepatutnya menempuh Muhyiddin.
“Saya penuh yakin Umno tidak akan mempunyai masalah kerana masyarakat
Ismail turut mengulangi pendirian Umno Bahagian Pagoh yang menyokong kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Kami menyatakan pendirian untuk bersama Presiden Umno manakala BN akan terus menguasai kerusi (parlimen) Pagoh.
“Gerak kerja pilihanraya Umno Pagoh telah digerakan (kerana) kami tak tunggu hingga PRU. Kami telah bergerak sejak pemecatan Muhyiddin dan yakin BN akan menang,” ujarnya pula. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Iqoo Neo 10 Dilancar Di Malaysia Snapdragon 8s G ...

Bateri Bev Berguna, Bateri Nissan Leaf Guna Di Lap ...

Suami Mimpi Isteri Curang, Terbawa-bawa Sampai Tim ...

Bintang K-pop, Riize Bakal Adakan Konsert Di Kuala ...