Kuala Lumpur – Exco Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor, Ismail Mohamed menegaskan Umno Bahagian akan memastikan kerusi parlimen Pagoh akan teus dipertahankan dalam pilihanraya umum akan datang.
Ismail yang juga merupakan pemangku Ketua Umno bahagian Pagoh ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata pihaknya bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja.
“Saya tidak ada halangan (untuk) bertanding atau sesiapa pun (untuk menentang Muhyiddin dalam pilihanraya umum akan datang), sebagai (pemangku) Ketua Umno di Pagoh (mungkin) saya yang sepatutnya menempuh Muhyiddin.
“Saya penuh yakin Umno tidak akan mempunyai masalah
Ismail turut mengulangi pendirian Umno Bahagian Pagoh yang menyokong kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. “Kami menyatakan pendirian untuk bersama Presiden Umno manakala BN akan terus menguasai kerusi (parlimen) Pagoh.
“Gerak kerja pilihanraya Umno Pagoh telah digerakan (kerana) kami tak tunggu hingga PRU. Kami telah bergerak sejak pemecatan Muhyiddin dan yakin BN akan menang,” ujarnya pula.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Mia Azahar Gelar Pembantu Rumah Kepam Bukan Seba ...

#hiburan: Pak Lah Dalam Kenangan, Ubah Pekan Kobo ...

Saya Tegur Bukan Untuk Gaduh.. Instagram Nana ...

Wanita Tumbuk Lelaki Dalam Kereta Api ...