loading...

DAP Dan Sekutu Semai Kebencian Terhadap BN

KUALA LUMPUR – DAP dan sekutunya adalah musuh sebenar UMNO yang berhasrat melenyapkan kampung Melayu, menggugat setia kawan politik dan menyemai benih kebencian terhadap Barisan Nasional (BN).

 

Wakil Selangor, Budiman Mohd Zohdi, berkata andai DAP dan sekutunya dibiarkan untuk terus memerintah pasti rakyat akan terus menderita dan teraniaya.

 

“Mereka semai benih kebencian sehingga rakyat jadi takut untuk menyokong BN kerana hasutan mereka.

 

“Mereka juga mencabar institusi raja, mereka biadap terhadap istana sehingga nampak ‘kaduk sudah naik junjung.

 

“Cukuplah jerit perih ini kita tanggung dan penderitaan yang dilalui rakyat, …kegagalan mereka ini menyusahkan kita, bayangkan kalau mereka terus memerintah, terus menganiaya rakyat dan menguasai Putrajaya,” katanya membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini, hari ini.

 

Budiman yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, berkata kerajaan Selangor di bawah pembangkang adalah kerajaan yang gagal kerana rakyat Selangor masih berhadapan dengan isu kemiskinan bandar, perumahan dan kos sara hidup.

 

“Apa ertinya pakatan menang di Selangor kalau kesejahteraan rakyat dipinggirkan, lif rumah pangsa gagal selenggara, angka kematian akibat denggi terus meningkat.

 

“Apa makna air percuma kalau air tiada, caj bil meningkat, air bersih yang diminta tapi air keruh yang kami terima, maknanya air percuma tidak ada makna,” katanya.-BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...