Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd. Nor ketika dihubungi berkata, tiada sebarang kejadian berkenaan berlaku di pusat peranginan terkemuka itu.

 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Morni Mamat turut mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook itu.

 

“Gambar yang diviralkan itu adalah gambar yang lama dan bukan kejadian baru,” katanya.

 

Sejak beberapa hari lepas, tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengatakan terdapat kereta kabel yang terputus tali dan mengorbankan seramai 17 orang. – Bernama