KOTA BHARU – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada KAFA untuk menentukan penyertaan mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Menurutnya, hala tuju skuad The Red Warriors akan ditentukan Kongres KAFA pada 29 Disember ini dan beliau enggan membuat sebarang komen kerana bimbang ia akan mempengaruhi keputusan mereka.
“Saya tidak boleh beri apa-apa komen kerana tidak lagi bersama KAFA dan saya tidak mahu mengganggu apa-apa keputusan yang akan dilakukan KAFA.
“Keputusan tersebut (menyertai atau
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Walimatul Urus Qubra 2016 di Masjid Ayesha Kok Lanas di sini, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu untuk menyertai Liga M musim depan. – Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Gangguan Mood Semasa & Selepas Hamil Mungkin T ...
Penjual Kuih Mengeluh Jualan Tak Laku Di Bazar Ram ...
Pakar Saran Suami Makan Kacang Supaya Sperma Padu ...
Minum Air Selusuh Boleh Jadi Punca Kematian & ...