MANILA – Beribu-ribu penduduk yang tinggal berhampiran pantai di tengah negara ini dipindahkan selepas taufan kategori empat, Nock-ten diramal melanda esok.
AFP melaporkan, jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mina Marasigan berkata, Taufan Nock-ten yang membawa angin selaju 130 kilometer sejam dijangka mendarat di wilayah Camarines Sur di Semenanjung Bicol.
“Penduduk di sepanjang pantai Albay telah diarah berpindah ke kawasan selamat,” katanya.
Tambah beliau, taufan itu dijangka mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW