YANGON – Mayat seorang penduduk Islam Rohingya yang tidak mempunyai kepala ditemukan terapung dalam sungai di utara Rakhine, dua hari selepas dia ditemubual oleh sekumpulan wartawan tempatan.
Kolonel Polis Maungdaw, Thet Naing tidak memberitahu motif sebenar pembunuhan lelaki berusia 41 tahun itu namun mengesahkan mangsa telah ditemubual oleh wartawan Myanmar pada Rabu lalu di perkampungan Ngakhura.
Kata Naing, semalam keluarga lelaki itu memaklumkan mangsa hilang selepas ditemubual dan pihak polis telah menjalankan siasatan.
“Namun pagi ini kami mendapat laporan penemuan mayat tidak berkepala dan kami dapat pengesahan daripada penduduk kampung mangsa adalah lelaki tersebut,’’ katanya. – AFP/Utusan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW