Bakal melangsungkan perkahwinan pada Januari tahun depan, bakal suami kepada pelakon, Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi akan memberikan masa dan ruang selama dua tahun kepada bakal isterinya itu untuk memikirkan sama ada ingin meneruskan kerjayanya atau tidak. Mengenali wanita itu sebagai pelakon, Mohd Izham tidak mahu menyekat keinginan Mia untuk terus berlakon.
BACA: Mia Ahmad Akui Sudah Sedia Kahwin Pemain JDT
“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama dan tahun kedua saya bagi dia teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia sudah seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan kerjaya dia serta-merta dan tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa untuk dia fikir”
“Semasa saya berkawan dengan Mia pun, saya sudah tahu benda tu semua dan bagi saya tak ada masalah untuk berada dalam dunia hiburan tersebut,” katanya kepada m Star Online mengenai perancangan perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada tahun depan.
Memahami dunia seni bakal isterinya, Mohd Izham tidak mempunyai masalah untuk bergelar suami kepada Mia yang juga seorang pelakon. Beliau yang juga Penjaga gol JDT memberitahu pihaknya telah menghantar rombongan merisik kira-kira dua minggu lalu ke kediaman Mia. Namun majlis tersebut hanya melibatkan pihak keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.
Sebelum ini, Mia dilaporkan mempunyai hubungan cinta bersama pemain bola sepak JDT itu selepas gambar mereka berada di majlis ulangtahun kelahiran Mia pada Febuari lalu tersebar. Pasangan ini akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dalam satu majlis di Flora Terrace pada petang ini. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW