Satu kenyataan yang dibuat oleh Donald Trump yang melarang umat Islam berkunjung ke negara itu telah dibuang dari laman web rasminya.
Menurut laporan portal The Independent, kenyataan yang dimuat naik ke laman web rasmi Trump pada 7 Disember tahun lalu itu menyebut bahawa orang Islam tidak lagi dibenarkan ke negara itu sehingga langkah-langkah menangani keganasan dikenal pasti.
Hingga pagi 8 November lalu, kenyataan tersebut masih dapat diakses. Namun, laman tersebut kini dilencongkan ke laman kutipan dana untuk kempen Trump.
Bagaimanapun ini bukan kali pertama hal sedemikian berlaku. Sebelum ini, profil isteri Trump, Melania, juga dibuang dari laman web itu susulan dakwaan yang beliau tidak melengkapkan pengajiannya di universiti.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW