KUALA LUMPUR ― Pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik menepis dakwaan kononnya beliau dianugerahkan kerakyatan Malaysia.
Dr Zakir, atau nama sebenar Zakir Abdul Karim Naik, 51, yang sedang disiasat Agensi Penyiasatan Nasional (NIA) India menyifatkan dakwaan itu hanya khabar angin.
“Tidak benar sama sekali,” katanya melalui jurucakap Arif Malik kepada portal berita Janta Ka Reporter.
“Beberapa bulan lalu, media India mengatakan saya diharamkan masuk ke Malaysia dan kini mereka kata saya dapat kerakyatan negara itu pula. Mengarut. Khabar angin itu tidak benar.”
Hindustan Times di India melaporkan penceramah kelahiran Mumbai ditawar ‘pakej’ kerakyatan ketika dianugerah Tokoh Maal Hijrah 2013.
Laporan itu juga mendakwa Dr Zakir bersembunyi di Malaysia selepas Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) beliau digantung pihak berkuasa India. – MalayMail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW