KUALA LUMPUR – Penulis buku Politik, Syed Hussin Al-Attas menyifatkan tindakan Pengerusi Parti Bersatu, Tun Mahathir Mohamad keluar masuk parti UMNO seperti Masuk hotel murah.
Menurut beliau, tindakan Mahathir ini perlu didedahkan supaya masyarakat tahu siapa sebenarnya beliau.
“Dr mahathir ini bukan kali pertama keluar dari Umno, dia dah buat Umno ini dah macam hotel murah, check ini, check out.
“Kita kena tulis benda itu supaya orang kenal siapa dia,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO tadi.
Justeru, beliau melabel Mahathir sebagai ‘ Polical Jocker’
“Dia ini sebenarnya ‘Polical Jocker’ jer sekarang ini, daud trop tu, dia yang paling tak guna,” ujarnya.
Apabila ditanya wartawan mengenai kehadirannya di perhimpunan ini dibayar oleh individu tertentu, beliau dengan pantas menjawab sekiranya itu berlaku nescaya buku yang ditulisnya akan diberikan secara percuma kepada orang ramai.
“Kalau ada orang bayar, dah habis dah buku ini saya bagilah orang free, orang minta diskaun pun saya tak beri,”katanya. -SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Nama Dipetik Sebagai Penyondol, Rossa Sera Tenan ...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-100 Tun M, Ucap P ...

Dia Berani Video Persembahan Seksi Kwon Eunbi ...

Ramai Terhibur Lihat Reaksi Tercengang Yunjin Le S ...