loading...

Video: Gelombang Biru Warnai PWTC

KUALA LUMPUR – Lautan ‘gelombang biru’ memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini apabila semua pimpinan dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 mengenakan pakaian berwarna biru.

 

Pemilihan warna itu berbeza dengan tradisi pada majlis ucapan dasar Presiden sebelum ini yang menjadikan warna merah sebagai tema pakaian pimpinan dan perwakilan.

 

Perwakilan yang ditemui berkata, tema warna biru itu dipilih pimpinan parti bagi menggambarkan mod UMNO yang sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 

“Baju Melayu dan baju kurung biru ini juga menggambarkan perpaduan dan kekuatan baharu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi musuh, khususnya selepas parti ini bebas daripada duri dalam daging,” katanya. – BH

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...