KUALA LUMPUR – Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio State University (OSU), Amerika Syarikat pada Isnin, menurut Education Malaysia Washington DC.
Media Amerika melaporkan seorang pelajar merempuh kumpulan pejalan kaki dengan keretanya di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang pelajar lain dengan pisau pemotong daging sebelum kemudiannya ditembak seorang pegawai polis
kampus.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
“Dimaklumkan semua 296 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat,” kata pejabat pendidikan itu.
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.
Dilaporkan penyerang itu adalah pelajar universiti berketurunan Somalia. – BERNAMA
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Peminat Restu Tang Jie-ee Wei Berpisah ...

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaj ...

Kantoi Kongsi Tips Elak Cukai Gst Di Media Sosia ...

Balik Kampung Exodus: Bumper-to-bumper Crawl Greet ...