loading...

Cadangan MRSM Berbayar Disambut Baik

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar khusus bagi pelajar cemerlang dari keluarga yang berkemampuan disambut positif oleh tokoh pendidikan yang menganggap ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pendidikan di institusi berkenaan yang ditanggung kerajaan.

 

 

Menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, MRSM merupakan sebuah institusi pendidikan yang menjadi pilihan kerana telah melahirkan ramai pelajar berkualiti dan berjaya.

 

 

“Malah, dengan cara itu (berbayar) ibu bapa yang berkemampuan dapat memberi sumbangan kepada sekolah serta dalam masa sama mengurangkan perbelanjaan institusi itu.

 

 

“Tidak ada masalah jika berkemampuan tetapi apa yang penting, kualiti pelajar dan pembelajaran dikekalkan,” katanya.

 

 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menubuhkan MRSM berbayar.

 

 

Turut menyokong cadangan itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim yang berkata, dengan cadangan itu, ibu bapa yang berkemampuan itu juga boleh membantu menaja pelajar yang lain tidak mampu.

 

 

Katanya, ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu melanjutkan pelajaran di MRSM.-Kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...