loading...

Rafizi Isytihar Harta Esok, Tuntut MP Lain Berbuat Demikian

SUNGAI BESI – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, beliau akan menulis surat rasmi kepada kesemua ahli Parlimen dan ketua tertinggi penjawat awam untuk menuntut mereka mengisytiharkan harta.

 

 

Katanya, surat itu akan ditulisnya minggu hadapan.

 

 

“Saya akan menulis kepada setiap ahli Parlimen di Malaysia iaitu seramai 222 orang termasuk juga kepada KSU ke atas (ketua pengarah), jadi semuanya lebih kurang 270 orang,” katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia, di sini, hari ini.

 

 

Dalam pada itu, bagi membuktikan bahawa beliau turut serta untuk melakukan perkara itu, Rafizi akan mengisytiharkan hartanya esok.

 

 

“Saya akan isytihar harta saya, harta isteri dan harta anak saya. Harta anak saya adalah mainan dia…di sini (Invoke Malaysia) jam 12 di tengah hari,” katanya.

 

 

Terdahulu pada tahun lepas, pada 10 Mac, Rafizi pernah mengisytiharkan hartanya iaitu berjumlah RM1.56 juta.

 

 

Dalam pada itu, Rafizi berkata adalah perlu untuk pemimpin politik mengisytiharkan harta kerana ia akan memberi kredit kepada mereka di mata pengundi.

 

 

“Adalah jelas ini adalah yang pengundi mahu. (berdasarkan tinjauan yang saya perolehi), sesiapa yang isytihar harta dia akan dapat ‘point’ terus daripada pengundi.

 

 

“Jadi sesiapa yang nak menang awal isytiharkan harta,” katanya.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...