KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Wira Sang Sangka Bangsa oleh Pergerakan Pemuda UMNO.
Anugerah itu sebagai tanda penghargaan kepada bekas ahli Pergerakan Pemuda UMNO itu yang meninggal dunia dalam nahas helikopter ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini.
Isteri Allahyarham, Datin Mastura Mohd. Yazid yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar menggantikan arwah hadir menerima anugerah itu dengan diiringi ketiga-tiga anak mereka.
Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Selain itu, Pengasas Hospital Beyond Boundaries, Dr. Mohd. Lutfi Fadil Lokman pula dipilih sebagai penerima Anugerah Kesatria Terbilang 2016.
Anugerah Khas Pemuda 2016 disampaikan kepada Datuk Rozabil Abdul Rahman. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW