loading...

Video : Misi Bawa Pulang Wanita Malaysia Yang Jadi Mangsa Keldai Dadah

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shamsul Anuar Haji Nasarah berkata, kerajaan memberi jaminan misi membawa pulang wanita-wanita Malaysia yang menjadi mangsa keldai dadah dari Lima, Peru.

 

 

Beliau berkata, atas tanggungjawab dan peranan yang diberikan di bawah kerajaan Barisan Nasional, tanpa mengira batas agama kaum dan politik.

 

 

“Kesemua rakyat Malaysia boleh dibawa pulang kerana mereka teraniaya.

 

 

“Mereka terdiri daripada berbilang agama dan bangsa. Namun bukan semua daripada mereka boleh dibawa pulang serta merta kerana akan melalui beberapa proses,”katanya pada sidang media bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.

 

 

Beliau berkata, senarai wanita-wanita yang akan dibawa pulang seramai tiga orang iaitu Syzlin Hathaman, Nor Suzanna Azmi dan Noor Azimah Sapie.

 

 

Sebelum ini, seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini, operasi itu bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang telah menjalani hukuman setelah didapati bersalah membawa masuk atau keluar dadah dari Peru. Kes tangkapan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Peru bermula daripada tahun 2007.

 

 

Seperti yang dilaporkan media sebelum mereka menjalani hukuman penjara antara 2 tahun setangah hingga 6 tahun setengah.

 

 

Walaubagaimanapun kepulangan mereka tergendala disebabkan beberapa faktor permasalahan lain yang memerlukan bantuan. Antaranya bayaran denda selain menjalani hukuman penjara.

 

 

Tambahnya, urusan dengan keluarga di Peru yang mana ada diantara mereka ini telah berkahwin dengan warga Peru. Jaminan kepada kerajaan Peru bahawa sekatan imigresen  Peru dan seterusnya urusan dengan pihak berkuasa Malaysia sewaktu ketibaan mereka selepas ini.

 

 

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia dengan kerjasama wisma Putra Umno Johor, mengambil inisiatif bagi melaksanakan tanggungjawab itu sesuai dengan fungsi objektif biro tersebut.

 

 

Tambahnya, biro akan menemui ahli keluarga disini untuk membincangkan tindakan kaedah terbaik sebaik sahaja mereka kembali ke pangkuan keluarga. Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Peru.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...