Aktor popular Hollywood Tom Cruise 54, telah berjumpa dan menghabiskan masa dengan anaknya Suri Cruise selepas tiga tahun tidak bertemu, sejak berpisah dengan bekas isterinya Katie Holmes.
Menurut laporan Daily Mail, Cruise tidak pernah menghubungi anaknya sejak tiga tahun lalu sehinggalah Suri berusia sepuluh tahun.
Dalam tempoh tiga tahun itu juga, Cruise lebih banyak memfokuskan kerjayanya sebagai pelakon untuk filem-filem yang lalu seperti Mission Impossible: Rogue Nation dan Jack Reacher: Never Go Back.
Tom dan Suri menghabiskan masa bersama
Cruise meminta bantuan daripada saudara perempuan Lee Ann Mapother untuk menguruskan percutian ini agar tidak dihidu oleh media dan wartawan.
Dalam pada itu, ada khabar angin mengatakan Cruise juga membawa teman wanita barunya berbangsa Inggeris bercuti bersama dengan mereka.
Sehingga kini, identiti wanita misteri itu masih belum diketahui.-AGempak
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Awak Cantik Sangat Mesra Bersama, Go Kyungpyo ...

Pencakar Langit Thailand Runtuh Akibat Gempa Bumi ...

Meerqeen Menyanyi [video] ...

Ingatkan Raksasa, Rupanya Lelaki Bawah Katil Budak ...